Sunday, January 20, 2008

Hukum Pelaburan ASN/ASB

Soalan: Sekarang ini banyak bank-bank yang menawarkan pinjaman untuk meminjam dan melabur dalam Amanah Saham Bumiputra.Apakah hukumnya

Jawapan:
Ulama' di Malaysia berselisih pandangan mengenai hukum ASB.

Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Perak mengatakan ia HARUS. Jawapannya sepertimana di bawah:

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasanalasan
syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :
1. Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan bagi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang
bermuamalah. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab.

2. Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

lihat: http://mufti.perak.gov.my/kemusykilan/asn.pdf



TG Dato' Seri Abd Hadi Awang menjelaskan:

"Ada pun ASB ini tidak jelas dan kita sendiri pun tidak tahu di ‎mana dia melabur. Bila kita tidak tahu ianya termasuk dalam perkara subahat. ‎Oleh itu, yang mana hak kita, itu hak kitalah seperti modalnya, untungnya itu ‎hak kita. Tetapi di sana ada yang meragukan dan kita tidak tahu. Jika ada ‎begitu, mengikut cara Islam, kalau kita hendak bersih, kita kena ambil sedikit ‎atau sebahagian dan tidak semestinya separuh, mengikut yang patut yang kita ‎fikir untuk diberi kepada fakir miskin atau beri kepada untuk kepentingan awam ‎seperti tempat tunggu bas atau untuk kepentingan awam yang lain. Ini salah satu ‎cara yang dibuat oleh ulama untuk membersihkan sumber yang kita dapat. Kerana ‎mngikut Islam amalan kebajikan itu boleh menolong membersihkan harta dari ‎sumber-sumber subahat.‎"

"hukum menyertainya juga adalah HARAM."

Lihat: http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=5847



Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom dan Bekas YDP Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Hj. Ahmad Awang menyatakan bahawa malabur di dalam ASB adalah HARAM kerana ia terlibat dengan kegiatan perniagaan yang tidak halal. Oleh itu sebagai seorang Islam yang menyedari bahawa tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredaan Allah, maka kita perlu menarik keluar wang yang telah kita laburkan dengan segera.

Selepas itu proses yang dikenali sebagai proses " pemebersihan perlu dilakukan". Kita hanya berhak menggunakan wang asal kita ( modal asal yang kita gunakan untuk melabur ). Sementara itu wang dividen ( keuntungan yang diperolihi hasil daripada pelaburan ) boleh di salurkan ke tempat-tempat kabajikan dan sebagainya.

Firman Allah di dalam surah Al-Baqarah ayat 279 yang bermaksud : "sekiranya kamu bertaubat maka untuk kamu modal-modal kamu , kamu tidak menzalimi dan tidak dizalimi ."

Oleh itu, bagi kami, selagi ASN/ASB terlibat dengan pelaburan tidak jelas, pelaburan kaunter haram, dan pelaburan di bank yang mengamalkan sistem riba, maka hukum menyertainya juga adalah HARAM sepertimana yang dinyatakan oleh kebanyakkan ulama'.

Justeru, umat Islam yang malabur di dalam institusi kewangan seperti ini , perlu mencari alternatif yang lebih diyakini halalnya. Biarpun keuntungan sedikit tetapi yang penting ianya benar-benar suci demi kebahagian hidup kita di dunia dan di akhirat.

Ada beberapa amanah saham yang mengisytiharkan diri mereka pelaburan 100% halal, antaranya ASDI, ASK, Abrar Trust fund, Tabung Pertama bank Islam bhd, Tabung Ittikal Arab malaysia, Tabung Haji, UNIT TRUST, dan lain-lain; maka pilihlah salah satu amanah saham tersebut.

wallahu a'alam

Sumber: Suara Persatuan Ulama Malaysia

No comments: